Followers

Monday, March 11, 2013

Berpegang teguhlah...


عَنْ أَبِي عَمْرو، وَقِيْلَ : أَبِي عَمْرَةَ سُفْيَانُ بْنِ عَبْدِ اللهِ الثَّقَفِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ قُلْ لِي فِي اْلإِسْلاَمِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَداً غَيْرَكَ . قَالَ : قُلْ آمَنْتُ بِاللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ  

[رواه مسلم]

Terjemahan: Dari Abu 'Amr ada yg mengatakan:- Abu 'Amrah Sufian bin Abdillah At-Thaqofi r.a. dia berkata: Aku berkata: "Ya Rasulullah..! Katakanlah kepadaku tentang Islam sebuah perkataan yang aku tidak bertanyakan kepada seseorang pon selainmu. Baginda bersabda: Katakanlah aku beriman dengan Allah kemudian berpegang teguhlah."


 Istiqomah...

Apakah yg dimaksudkan dengan 'istiqomah'...?

Istiqomah- merupakan iltizam atau berterusan dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah dan RasulNya. Melaksanakan ketaatan kepadaNya adalah satu kewajipan, oleh itu istiqomah dalam melakukan ketaatan juga satu kewajipan.

Istiqomah dalam ketaatan meramgkumi 3 bahagian :-

~ Istiqomah Hati
~ Istiqomah Lisan
~ Istiqomah Amalan


   Istiqomah pada hati dan amalan merupakan 'buah' dan 'hasil' dari istiqomah hati dalam ketaatan melaksanakan perintah Allah s.w.t. Ketaatan pada amalan tanpa ketaatan pada hati, amalan kita tidak bernilai di sisi Allah s.w.t. Ianya sia-sia sepertimana amalan orang-orang munafiq yg sentiasa berpura-pura dalam amalan mereka. Sebagai contoh, membuat amalan kebaikan untuk bermegah-megah dan mengharapkan pujian manusia semata.

   Istiqomah lisan yakni lidah kita, pertuturan kita sehari-harian, Lidah adalah sebagai penterjemah hati kita, bila hati cantik dan bersih begitu juga lidah kita akan berperanan sebegitu. Malah sebaliknya jika hati yang busuk akan mencerminkan kata-kata yang berupa tidak enak untuk didengar. Mulut juga merupakan punca kecelakaan pada si pemiliknya. Bak kata pepatah ''mulut bisa badan binasa...''.

   Seterusnya pada amalan kita. Adalah sangat bagus bila seseorang terus menerus melakukan kebaikan untuk mentaati Alah s.w.t. Sebagai contoh, kita istiqomah melakukan solat sunat Dhuha setiap hari pada waktu Dhuha. Kita terus dan beriltizam melakukannya hingga ianya menjadi kewajipan dan kebiasaan kita seharian. Ia adalah amalan yang mulia di sisi Allah.

   Mujahadah itu pahit kerana Syurga Allah itu manis sahabat-sahabat..

   Istiqomah dalam amalan kita memang memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi, tapi akhir nanti sahabat-sahabat insya Allah, Allah akan menilai walau se'simple' amalan kita..

   Bila tidak mampu dan putus asa untuk lakukan amalan-amalan kita, jangan tinggal semuanya.. Tapi konsisten lah untuk lakukannya walaupun satu sahaja amalan yang kita mampu... Moga-moga kita tergolong dalam kalangan hamba yang istiqomah di jalanNya... ^_^

No comments:

Post a Comment