Followers

Monday, March 18, 2013

Janji Tuhan...

''Setiap jiwa pasti merasai mati'',
Cuma masanya tiada siapa pun yang pasti, 
Kegerunan Izrail mesti dihadapi,
Walaupun diri mendesak untuk melarikan diri,
Tapi, kenapa perlu menghadapi mati ...?

Dengar sini,
Matiadalah salah satu tanda kekuasaan Ilahi,
Diam di barzakh menunggu saat tibanya hari penghisaban diri,
Ruang rehat bagi mereka yang iman dan taqwa dijadikan pakaian diri,
Tetapi sebaliknya nasib mereka yang sering memungkiri,
Perintah Ilahi.

Jadi,
Buatlah pilihan yang terbaik duhai akhi dan ukhti,
Mana yang lebih kau senangi,
Jika inginkan kebaikan diri,
Bersiap siagalah menghadapi janji Tuhan yang pasti mengunjungi,
Kerana saat tiba kehadirannya kau akan menghadap Ilahi.

Akan tetapi,
Jika kau tetap memilih untuk berfoya-foya lagi,
Maka ingatlah!
Tika sampai waktunya, janji akan ditepati,
Mustahil sekali untukmu kembali ke dunia buat kesekian kali.

Oleh itu,
Bertaubatlah wahai diri-diri,
Yang masih diberi peluang untuk kembali kepada fitrah yang suci,

''Dan bagi tiap-tiap ummat mempunyai ajal (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakannya walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan'' [al-A'raf]