Followers

Sunday, March 24, 2013

Rindukan malam itu...

Subhanallah..
Terlalu banyak untuk kutitipkan rasa syukur atas nikmat indah yang Allah pinjamkan. Sangat merindukan saat ini, tatkala kaki berpijak dilaman masjid ini terlalu banyak perkara yang aku muhasabah untuk diri yang hina ini.

Tahun kedua disini aku baru bermula langkah untuk bersama-sama mereka para masyaikh. Ku sedar tak semua mampu berbuat sebegini, ada yang terlalu taksub pada persatuan, ada yang di meja study sahaja dan ada yang terumbang-ambing memikirkan apa yang harus mereka kejarkan. Tapi sahabat-sahabat yang terbaik untuk ku katakan adalah seimbangkanlah kesemua perihal hidup kita. Memang slogan kuliyah no.1 persatuan bukan no.2 tetapi jangnlah ketepikan perkara yang satu ini. Talaqi bersama masyaikh.

Sekiranya sahabat-sahabat tahu dan merasa betapa nikmatnya menatap wajah dan air muka para ulamak kita. Subhanallah, meruntun jiwa ini, ingin mengalir air mata di pipi. Tapi itulah yang aku rasakan sejujurnya sahabat. Ulamak pewaris Nabi. Mencintai ulamak adalah suatu kewajipan buat kita sebagai hamba yang sentiasa dahagakan ilmu-Nya.

Memang, kita sentiasa sibuk dalam study, berpersatuan dan sebagainya tapi sahabat-sahabat kita boleh create jadual kita untuk memilih satu hari untuk bersama-sama masyaikh. Disamping itu kita mengajak yang lain turut bersama-sama dengan langkah kita. Biarpun perkara itu dipandang remeh tapi ganjaran dan nikmat yang kita rasai cukuplah besar dan tidak terungkap dengan kata-kata.

Rebutlah peluang yang ada untuk sama-sama kita aplikisikan dalam hidup kita demi masa depan ummah. Bukan setiap hari tapi sekali dalam seminggu cukup memadai daripada kita tolak ketepi.

2 comments:

  1. saya juga sentiasa merindui saat dan ketika itu....

    ReplyDelete
  2. moga kita sama-sama istiqomah dalam menuntut ilmu ...

    ReplyDelete