Followers

Monday, March 11, 2013

Berpegang teguhlah...


عَنْ أَبِي عَمْرو، وَقِيْلَ : أَبِي عَمْرَةَ سُفْيَانُ بْنِ عَبْدِ اللهِ الثَّقَفِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ قُلْ لِي فِي اْلإِسْلاَمِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَداً غَيْرَكَ . قَالَ : قُلْ آمَنْتُ بِاللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ  

[رواه مسلم]

Terjemahan: Dari Abu 'Amr ada yg mengatakan:- Abu 'Amrah Sufian bin Abdillah At-Thaqofi r.a. dia berkata: Aku berkata: "Ya Rasulullah..! Katakanlah kepadaku tentang Islam sebuah perkataan yang aku tidak bertanyakan kepada seseorang pon selainmu. Baginda bersabda: Katakanlah aku beriman dengan Allah kemudian berpegang teguhlah."


 Istiqomah...

Apakah yg dimaksudkan dengan 'istiqomah'...?

Istiqomah- merupakan iltizam atau berterusan dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah dan RasulNya. Melaksanakan ketaatan kepadaNya adalah satu kewajipan, oleh itu istiqomah dalam melakukan ketaatan juga satu kewajipan.

Istiqomah dalam ketaatan meramgkumi 3 bahagian :-

~ Istiqomah Hati
~ Istiqomah Lisan
~ Istiqomah Amalan


   Istiqomah pada hati dan amalan merupakan 'buah' dan 'hasil' dari istiqomah hati dalam ketaatan melaksanakan perintah Allah s.w.t. Ketaatan pada amalan tanpa ketaatan pada hati, amalan kita tidak bernilai di sisi Allah s.w.t. Ianya sia-sia sepertimana amalan orang-orang munafiq yg sentiasa berpura-pura dalam amalan mereka. Sebagai contoh, membuat amalan kebaikan untuk bermegah-megah dan mengharapkan pujian manusia semata.

   Istiqomah lisan yakni lidah kita, pertuturan kita sehari-harian, Lidah adalah sebagai penterjemah hati kita, bila hati cantik dan bersih begitu juga lidah kita akan berperanan sebegitu. Malah sebaliknya jika hati yang busuk akan mencerminkan kata-kata yang berupa tidak enak untuk didengar. Mulut juga merupakan punca kecelakaan pada si pemiliknya. Bak kata pepatah ''mulut bisa badan binasa...''.

   Seterusnya pada amalan kita. Adalah sangat bagus bila seseorang terus menerus melakukan kebaikan untuk mentaati Alah s.w.t. Sebagai contoh, kita istiqomah melakukan solat sunat Dhuha setiap hari pada waktu Dhuha. Kita terus dan beriltizam melakukannya hingga ianya menjadi kewajipan dan kebiasaan kita seharian. Ia adalah amalan yang mulia di sisi Allah.

   Mujahadah itu pahit kerana Syurga Allah itu manis sahabat-sahabat..

   Istiqomah dalam amalan kita memang memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi, tapi akhir nanti sahabat-sahabat insya Allah, Allah akan menilai walau se'simple' amalan kita..

   Bila tidak mampu dan putus asa untuk lakukan amalan-amalan kita, jangan tinggal semuanya.. Tapi konsisten lah untuk lakukannya walaupun satu sahaja amalan yang kita mampu... Moga-moga kita tergolong dalam kalangan hamba yang istiqomah di jalanNya... ^_^

Wednesday, March 6, 2013

Raja Kita...

 

 Salam perjuangan sahabat2. Moga kita sentiasa dirahmati di bawah bayungan cinta yang haQiQi... insha Allah. Setiap hari dan detik, pasti dan pasti kita akan terasa kekosongan.. Kekosongan apa tu...? Ya.. kekosongan rukhiyah kita, jiwa kita.. Yang sentiasa memerlukan peringatan2 dan kata2 nasihat yang baik untuk makanan hatinya.

   Seperti manusia yang memerlukan makanan asas agar mereka lebih sempurna meneruskan aktiviti harian. Begitu jugalah 'hati' kita di mana ia juga memerlukan makanan asasinya untuk terus mekar hidup sepanjang hayat. Supaya ia tidak melonjakkan kita ke arah yang batil dan maksiat, na'uzubillah min dzalik..

   Apakah Hati Kita Masih Hidup...?

   Allah berfirman : "Sesungguhnya org2 yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut 'Allah', gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kpd mereka ayat-ayatNya (Quran), bertambahlah keimanannya....." (Al-Anfal)

Muhasabah...

Apakah hati kita masih hidup..? Lantaran tiada getaran lagi pabila menyebut dan nama 'kekasih' agung kita. Bila mana tiada lg kesan pabila dibacakan ayat2 cintaNya.. Allah......

Sama2 kita muhasabah...

Kita ditahap yang mana...

Adakah kita sang yang dahagakan peringantan2Nya ataupun hatinya masih keras untuk menerima teguran dan nasihat sahabat...

Berlapang dadalah...

Berlapang dadalah menerima apa saja teguran dan nasihat orang sekeliling kita walaupun pahit..perit yang dirasa...

Tapi sahabat2... itulah Tarbiyyah...

Diri ini sering jua tidak pernah terlepas dari segala kesilapan dan khilaf...

Tapi diri ini jua sangat mendambakan kasih sahabatnya untuk terus menasihati jiwa yang hitam ini..

Agar hati yang dimiliki tidak terus mati... Tetapi terus mekar dan mewangi bak bunga yang menguntum di pagi mentari... insha Allah... ^_^

 ~ TarbiyyahPadangPasir ~





Tuesday, March 5, 2013

Kenal dan Cinta...

   Salam qobla qalam.. Assalamualaikum buat santapan sahabat2 yg dikasihi. Jazakumullahu fikum coz sudi ziarah laman tinta 'Tarbiyyah Padang Pasir'... ^_^

   Walaupun posting sy tak seberapa at least sy ada something untuk kita sama2 sharing di sini, insha Allah. Sama2 kita sharing dan mantapkan lg ilmu thaqofah kita, dan segala teguran sahabat2 amatlah dialu-alukan.. ^_^

   Kenapa ya sy terpanggil untuk memilih nama 'Tarbiyyah Padang Pasir'...? Syarah kepada matannya, ghoyah atau tujuan kita diutuskan di dunia ni adalah sebagai 'khalifatullah'. Iaitu sebagai pemimpin pada diri kita sendiri dan juga pada ummah. Justeru, pemprosessan untuk memimpin diri kita, kita secara langsung dan tidak langsung bersedia jiwa dan fizikal kita untuk ditarbiyyah dan mentarbiyyah.

   Bukan bermakna orang yang mentarbiyyah individu yang lain sudah semestinya PERFECT. Pastinya setiap insan sering tidak terlepas dari melakukan kesalahan secara langsung dan tidak langsung. Kita sebagai muslim profesional haruslah memandang perkara ini dengan lebih meluas.  Di samping kita mentarbiyyah orang lain tetapi secara langsung kita mentarbiyyah diri kita sendiri.

   Sy teringat kalam sahabat sy, sebenarnya orang yang kehadapan bercakap, menulis dan sebagainya adalah sangat2 beruntung. Sebabnya..? Sebab mereka adalah insan2 yang dipilih Allah untuk mengubah diri mereka dengan melalui apa yang mereka kerjakan, perbuatkan. Mereka yang selalu kehadapan memperingati diri orang lain adalah insan yang sangat2 memerlukan apa yang telah mereka sampaikan..

betol tak.. shbt2...? ^_^

Teguran sahabat2 dan perkongsian ilmiah dan thaqofah amatlah di alu-alukan.. Moga dengan adanya wasilah tarbiyyah ni kita sama2 dapat saling kenal dan cinta sesama kita, insha Allah... Salam kenalan dari sy yang dahagakan tarbiyyah di padang pasir ni.. :) Bertemu di posting yg akan datang insha Allah..

wallahua'lam..~